SELAMAT DATANG KE LAMAN j-QAF SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.
;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 28 Mei 2009

Rahsia Solat Lima Waktu

Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Selasa, 12 Mei 2009

Kelas Bahasa Arab

BAGI KELAS BAHASA ARAB PULA HANYA SATU KELAS SAHAJA DIBUAT KERANA GURU BAHASA ARAB HANYA SEORANG. TIDAK DAPAT UNTUK DIPECAHKAN KELAS KEPADA BEBERAPA KELAS.

KELAS INI DIJALANKAN DIWAKTU P&P SAHAJA.

Kelas Jawi

BAGI KELAS PEMULIHAN JAWI PULA, GURU AKAN MEMILIH SEPULUH ORANG DARI PELAJAR YANG TERLEMAH UNTUK DIBUAT PEMULIHAN YANG SEKATA.

KELAS INI BERJALAN SERENTAK DENGAN WAKTU KELAS JAWI BIASA

Kelas Al-Quran

UNTUK KELAS AL-QURAN PARA PELAJAR DIBAHGIKAN KEPADA TIGA KUMPULAN, YANG AKAN DIBANTU OLEH SEORANG GURU GPI DAN DUA ORANG GURU j-QAF.

KELAS AL-QURAN INI DIJALANKAN DIWAKTU P&P DAN KELAS TASMIK DI LUAR WAKTU P&P

Kelas J-Qaf

KELAS-KELAS j-QAF DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA KELAS IAITU:

KELAS AL-QURAN

KELAS PEMULIHAN JAWI

KELAS BAHASA ARAB

Kumpulan Sasaran

  • Sasaran bagi J-Qaf Sk.Kota ialah semua murid tahun satu 2007 sehingga tahun enam 2013.

OBJEKTIF J-QAF

  • Setelah tertubuhnya program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid islam di sekolah kebangsaan kota akan dapat :
  • Mengusai bacaan dan tulisan jawi
  • Khatam Al-Quran.
  • Menguasai asas bahasa arab / Bahasa Arab Komunikasi.
  • Memantapkan dan menghayati amalan Fardu Ain.

OBJEKTIF BILIK J-QAF

  • Murid dapat pendedahan awal tentang pembacaan Al-Quran dan tulisan jawi
  • Murid dapat mengeja dan membaca jawi dengan asas yang sesuai.
  • Murid dapat membaca dan menulis dengan baik.
  • Murid mengunakan bahan-bahan di bilik j-QAF untuk pembelajaran yang memberangsangkan
  • Murid dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan.
  • Murid dapat belajar dengan suasana yang ceria dan berkesan

Bilik gerakan j-Qaf adalah merupakan satu pusat pemulihan murid yang lemah serta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran Jawi, Al-Quran ,Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF). Kewujudannya amat penting untuk menjana misi dan visi j-QAF

Rabu, 6 Mei 2009

Kem Bestari Solat

Selamat Datang Ke Laman Kami

Assalamualaikum, khaifa halluka ya akhi wa ukhti.
diharapkan agar antum dapat istifadah dari laman ini.
Terima kasih diucapkan.
 

blogger templates | Make Money Online