SELAMAT DATANG KE LAMAN j-QAF SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.
;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 18 Jun 2009

Kumpulan dkir_barat Jqaf




Selasa, 16 Jun 2009

Murid j-qaf tahun 2008

Isnin, 15 Jun 2009

Mari Belajar Bahasa Arab

Kem Bestari Solat

Kem Bestari solat aktiviti yang wajib disertai oleh pelajar-pelajar JQAF tahun 1-3. Aktiviti ini dapat melatih pelajar-pelajar supaya dapat menunaikan solat dengan betul. aktiviti yang dijalankan ini mendapat sambutan yang baik.

Jumaat, 5 Jun 2009

KISAH LIMA PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
WALLAHUA'LAM;

Isnin, 1 Jun 2009

LELAKI SOLEH

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan
yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa
berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong
kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki
soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T.
dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa
sahaja.
Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat
dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait
rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah
keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh
amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu
tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih
jauh dan mendalam dari itu senua.Antara hal-hal yang harus dilihat dan
dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang
bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita
dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN
DAN AL HADIS..............

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah
S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi
segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1.MENCARI NAFKAH..........

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihandalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya..Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi
perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada
keluarga, agama,bangsa dan agamanya.Inilah esbabnya lelaki diangkat
menjadi pemimpin bagi kaum wanita.Oleh itu, seorang lelaki muslim,
lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib
bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia
haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
S.W.T.Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira
dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat
tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk
mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan
semata-mata. Dengan cara ini,usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya
didunia dan akhirat.

Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau
akan UNTUNG semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka
engkau akan RUGI semuanya.

“ Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya
dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga
tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,maka Allah dan RasulNya
memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan
tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh
yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T
dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak
membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula
bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2.Berjihad Fisabililah

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama
Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah
dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.Inilah yang dimaksudkan
dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau
terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh.Tidak terdapat
alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni
TERBUNUH atau MENANG.


3.Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari
peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat
Islam.Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak
balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan
sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

“ Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah
ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah
yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang orang
yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.Mereka
berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi
mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang
tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama samaada secara langsung
ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4.Memimpin,mendidik dan berlaku baik terhadap isteri......

MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri
yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya
menjadi isteri solehah.

2.Menangani isteri yang boduh dan keras kepala dengan bijaksana
sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia
mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan,lelaki soleh tidak akan cepat
melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa
mengambil kira perasaan orang lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan
cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk
dari Allah S.W.T.Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan
buat selama lamanya.

B.Berlaku baik terhadap isteri

Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama
isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan
sentiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab
dalam menguruskan urusan rumahtangga,dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah:
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang
yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik
diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah)

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
c: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

10 Solat Ditolak

10 Solat Ditolak

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Pelajar jqaf 2007


Barisan Pelajar J-qaf tahun 2007
 

blogger templates | Make Money Online